Kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak ‘struktur sabo’ di seluruh negara dalam usaha untuk mengurangkan risiko banjir puing seperti yang berlaku di Baling, Kedah baru-baru ini.<br /><br />Ia akan dilakukan menerusi peruntukan RM393 bilion bagi memperkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim dengan tempoh pelaksanaan secara berfasa selama 50 tahun yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
